December 23, 2011

Kenapa perlunya agama ?

Well tajuk kat atas tu macam gempak gila kan. Macam wow !! " budak ni nak sentuh isu agama pulak ".

Ok first of all. Kita ni duduk dekat Malaysia mmg bnyk jenis kaum, bangsa dan agama pon bukannya semua sama kan ?!
Antara agama yg paling mudah dijumpai dekat Malaysia ni agama ISLAM, KRISTIAN, BUDHA, dan HINDI. Ada lagi kemungkinan agama2 lain yg aku x tau.
Tapi empat agama ni mmg common kan kat Malaysia.

Alhamdulillah aku ni tergolong dalam orang yg beragama ISLAM. Bernasib baik kerana memang dilahirkan ISLAM. Setiap jenis agama ni lain2 kepercayaan mereka kan. Ade yg patunglah itu lah ini lah. Malaysia negara bebas. Sebab tu la semua bebas beragama kan. Tidak memaksa untuk memeluk agama Islam walaupun negara ini negara ISLAM.


KENAPA PERLUNYA AGAMA ?

X kiralah agama ape pon. Mesti ade satu tujuan kita beragama kan ? Iaitu, untuk mendorong kita ke jalan yg benar. Sebenarnya dengan agama inilah yg telah membuatkan kita ni bijak menghadapi kehidupan. Untuk membezakan yg baik ataupun yg buruk. Sebab lain agama, lain larangannya. Macam agama ISLAM, ISLAM melarang umatnya melanggar perintah ALLAH SWT sperti : Minum arak, berjudi, bermusuh2an dan lain2. Kerana larangan2 ini akan membawa kepada dosa2 besar.

Untuk agama2 lain, aku akui memang aku x tahu apa pantang larangnya kan. Tapi sure mesti ade yg boleh buat dan x boleh buat. So dengan agama ni jugak lah korang dapat mendisiplinkan diri korang kan ?

KENAPA PERLUNYA AGAMA ?

Supaya kehidupan tidak huru hara. Ok kenapa ? bayangkan ok. Kalau x de agama. Kau nk berak tepi jalan ke, nak telentang guling2 tanpa pakaian ke, mabuk sampai mati pon x kesah. Mesti hidup korang akan tunggang langgang kan. Cuba kalau ade agama, berak tepi jalan ? kau mesti akan fikir bnyk kali kan ? mana datang dosa pahala. Hei ingat agama ISLAM jeke yg ade dosa pahala ? agama lain pon ade, aku tau tu.

Agama jugak mendorong seseorang itu untuk lebih ingat kepada tuhan. Bukan masa dalam keadaan susah je ok. Setiap agama mempunyai cara mereka berdoa. So jgnlah kau dok terpinga2 tgok kenapa org tu buat macam itu, org tu pulak buat cara lain. Cara setiap agama berbeza. Ok !


KENAPA PERLUNYA AGAMA ?

Pernah x korang terfikir. Kenapa dekat Malaysia ni bnyk jenis kaum dan agama tapi tetap Alhamdulillah aman. Pernah x ?? Even ade masjid, surau, kuil, gereja merata2 tapi tetap je semua ok kan ? hal ini kerana, setiap agama melarang peperangan. Betul x ? seperti agama ISLAM yg melarang umatnya untuk berperang secara menggila. Maksudnya berperang tanpa sebab. Ada ke agama yg nk penganutnya bergaduh2 ?? x de kan ?
Haaa so ! agama ni perlu untuk menghalang daripada berlaku nya peperangan. Ok ?


Aku nk cakap banyak pasal agama ni aku mmg x layak kan. So apa yg aku tau aku tulis. Yg mana ade salah tu mmg aku minta maaf lah ye. Bukan apa. Tapi aku pelik. Even kita ada agama, tapi kenapa ada yg buat macam x de agama ?? bertindak sesuka hati mcm x de agama !! gunakanlah sisa hidup korang ni untuk mendalami agama dan tidak bermusuhan dgn agama2 lain. Ok ? Boleh ? boleh sgt kan ? Senang je.

Sorry kalau mcm x menarik isu ni. Tapi ini yg aku boleh cuba lakukan. So korang renung2 kan lah. Jangan nk cakap aku sentuh sensitiviti setiap agama ok. Bukan nk membela agama lain ke apa. Tapi itulah pentingnya agama. Korang kena faham dan berfikiran matang. Sekian ~


Kalau ade yg typo, faham2 lah ye Assalamualaikum.

posted from Bloggeroid

No comments: