* FYI : kepada teman2 yg aku sayangi, entry ni untuk korang semua ok *
* AWAS !! entry ni panjang n ada tambahan gambar lebih sikit *
kenapa tajuk entry ni kawan atau lawan ???
Hal ini disebabkan oleh kita ni sebenarnya mempuanyai seorang kawan yg mmg kawan, ataupun seorang kawan yg merupakan lawan ??
x faham ??
ok, baca la yg selanjutnya baru faham...
- ada sesetengah kawan 2 menganggap kita ni betul2 kawan dia ! tp kita pulak sebaliknya...
sebagai contoh : " aku happy gila dapat kawan macam kau, apa2 pon aku boleh crita kat kau ".. tapi lain pulak apa yg kawan dia fikirkan " memang kau happy dapat kawan macam aku, tapi kau x tahu betapa sakitnya hati aku bila kau punya cerita sahaja yang aku kene dengar, aku punya cerita ?? makan telan sendiri saja ".....
- ada sesetengah kawan 2 pulak anggap ita ni sebagai tempat diorang lepaskan geram
sebagai contoh : " aku geram betul la dengan ______ 2 !! pergh ! rasa macam nk lempang2 je dia 2 ( dalam masa yg sama pergi lempang2 badan kwan dia ) " ... tapi dalm fikiran kawan dia " aje aku pijak jugak kau ni karang ! kalau ye pon geram, jangan la lempang2 badan aku "....
kepada Farahin n Cida Hamdan, aku mintak maaf sebb selalu dengki korang dalam kelas... hahaha ( means, aku cepuk2 badan korang tapi x bermakna aku anggap korang ni tempat lepaskan geram ok... huhu jangan salah faham k )
- ada sesetengah kawan 2 pulak, x menghargai kawan yg lain
sebagai contoh : " hei, tengok la hadiah apa yg aku dh buatkan untuk kau ~ cantik x ?? hadiah ni adalah hand - made... walaupun x lawa dan menarik, tapi aku harap kau terima lah ye " .... tapi kawan dia cuma bagi reaction muka yg sangat x menarik...
- ada sesetengah kawan 2 mengikut kawan yg lain .. x faham ??
sebagai contoh : " aku malas la nk tengok muka dia lagi ! menyampah je, dah la buat taik dengan aku ! ".... n si dia ( kawan yg lain ) ni pun turut sama kutuk kawan yg menjadi mangsa itu " ha'ah doe ( ayt zaman sekarang ), dia mmg macam tu , x suke aku dengan perangai dia 2, bajet je lebih ( biasanya ayat 2 yg digunakan ) .. aku pon x nk ar kawan dia ( smbil menjeling ke arah mangsa ) " ..
- ada sesetengah kawan 2 pulak yg jadi batu api
sebagai contoh : " eih , ko tau x ?? dia ( mangsa ) 2 kn, sebenarnya slalu kutuk kau blakang2 depan budak2 lain.. aku dah tegur supaya jangan kutuk2 kau, tapi dia buat muka seposen je "... yg mendengar ni pon mulelah rasa x puas hati n nak menjauhkan diri dia dengan si mangsa ni tdi even si mangsa ni x tau ape2 pon...
- ada sesetengah kawan 2 boleh dijadikan sahabat.. ( sahabat bermaksud bukan sahaja seorang rakan, tetapi sebagai seorang rakan yg mmg boleh membimbing serta saling menyayangi antara sahabat2 nya )
sebagai contoh : " aku harap kita punya talian sebagai sahabat ni x putus cam 2 je lepas kita p jauh2, aku nak kau sentiasa ada dengan aku, suka duka dengan aku, semuanya kita boleh ngam ~ ".... n kawan yg lagi satu pulak " aku pun mengharapkan yg terbaik untuk hubungan sahabat kita ni.. aku x nak hubungan kita ni hanya untuk sementara ketika ada di depan mata, tapi unutk selama2nya ! "...
* oleh itu, korang kene lah fikir baik2, korang ni antara golongan rakan yg macam mana ... kawan ataupun lawan ? *
n ini semua gambar antara sahabat yg paling baik n best serta gila2 pernah saya ada !!! sayang korang semua ! contohi mereka ye ! terbaikkkk...
No comments:
Post a Comment